Masak lemak cili ada macam-macam cara & pelbagai resepi. Bergantung pada setiap individu tu sendiri. Untuk saya, saya suka masak yang paling mudah & asalkan sedap dan keluarga suka. Jadi resepi kali ni saya masak betul-betul untuk 3 orang makan je untuk tengah hari sebab makan kami jarang makan. Diet katanya.
Untuk resepi masak lemak cili api daging ni, kalau ada daun kunyit, letak la ye. Sebab saya dekat rumah tak ada daun kunyit. Musiam PKP ni susah nak keluar rumah. Jadi pakai apa yang ada je. hehehe
BAHAN-BAHAN
300 gram daging. Dihiris halus supaya cepat empuk.
1 batang serai. Diketuk.
1 biji ubi kentang size kecil. Dipotong 4.
Santan kotak. Saya guna suku je santannya sebab pekat.
1/2 kiub pati ayam knorr.
BAHAN-BAHAN KISAR
** 7 biji cili padi. Saya campur cili padi kampung & cili padi biasa.
** 1 biji cili besar merah
** 1 batang serai
** Halia. Size syiling 20 sen.
** 1 sudu kecil serbuk kunyit. Seeloknya pakai kunyit hidup tapi tak ada dekat rumah masa masak ni, jadi saya pakai serbuk kunyit je.
CARA-CARA
1. Kisar kesemua bahan-bahan yang bertanda ** sehingga lumat. Boleh juga kalau nak tumbuk guna lesung batu.
2. Tuang bahan-bahan kisar tadi pada daging & ketuk 1 batang serai, letakkan bersama dengan bahan-bahan kisar tadi pada daging. Perap selama 10 minit.
3. Masukkan daging yang diperap tadi kedalam periuk. Masukkan kentang. Masak sehingga daging tadi lembut.
4. Masukkan santan, kalau pekat boleh masukkan sedikit air. Jangan lupa kacau supaya santan tidak berketul.
5. Letak kiub pati ayam knorr & garam secukup rasa.
6. Kacau masak lemak sehingga mendidih. SIAP! Dah boleh siap untuk dihidangkan.
Kicap manis (tiada sukatan, ikut suka nak letak banyak mana)
1/2 kiub pati ayam knorr
1/2 paket fish ball
1/2 paket fish cake
Taugeh
Sayur Sawi
1 biji tomato (potong 4)
2 biji telur ayam
CARA-CARA
1. Ambil 10 ekor kepala udang tadi. Bersihkan. Kemudian rebus sekejap menggunakan sedikit air sahaja. Selepas rebus, kisar sehingga hancur & tapis airnya letak dalam 1 bekas. Ini rahsia kalau nak mee goreng anda sedap.
2. Tumis bawang merah & bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga kering & pecah minyak.
4. Letakkan sos cili, sos seafood/tiram, kiub pati ayam & secubit garam. Masak sekejap.
5. Kemudian masukkan udang, fishball & fishcake. Masukkan juga air rebusan kepala udang tadi. Kacau sehingga udang tadi masak isinya.
6. Masukkan mee kuning. Kacau rata.
7. Masukkan kicap manis. Kacau rata. Yang ni ikut suka nak letak banyak mana. Saya agak-agak je. Tapi jangan banyak sangat, takut hitam mee nya.
8. Masukka kesemua sayur taugeh, sawi, & tomato. Kacau rata.
9. Akhir sekali, pecahkan 2 biji telur. Kacau rata sehingga telur masak. SIAP! Sedia untuk dimakan. Boleh letak limau jugak kalau suka masam-masam sikit.
Musim PKP ni asyik-asyik makan je. Sampai tak tahu dah nak masak apa. So, keluar la idea nak masak jagung susu untuk minum petang tadi. Lama dah asyik tengok orang share tapi baru hari ni terasa nak cuba. Resepi yang Anis akan kongsi ni memang kuah dia kurang manis. Kalau suka manis, korang boleh lebihkan susu pekat & tambah gula.
Okay jom kita tengok macam mana cara nak buat jagung susu yang simple tapi sedap.
BAHAN-BAHAN
2 Tongkol jagung.
1/2 susu sejat (Anis suka pakai brand Carnation sebab berlemak). Atau boleh gantikan dengan susu segar.
4 sudu besar susu pekat.
3 keping cheese slice (Nak lebih pon boleh).
4 sudu marjerin.
2 sudu kecil garam.
CARA-CARA
1. Rebus jagung terlebih dahulu. Kemudian keluarkan jagung letak dalam bekas lain.
2. Ambik 1 cawan air rebusan jagung tadi & didihkan. Lebihan air rebusan tu boleh buang sebab nak pakai 1 cawan je.
Actually dah lama I plan nak pergi recycle all the bottles & bekas skincare yang ada dekat rumah ni sebab terlampau banyak & sakit mata bila mengemas rumah. Tiba-tiba ada someone share dekat facebook macam mana dia pergi recycle botol-botol skincare. The best part is bukan je skincare tapi body care & hand care pon diorang ambik & siap dapat freegift mini size skincare from L’occitane! Apa lagi, I pon terus la kumpul semua botol/bekas skincare yang kosong dalam 1 kotak.
Siapa tak nak wei. L’occitane kot! dah la harga dia boleh tahan. Brand yang tak perlu nak diperkenalkan lagi dah. Mostly semua orang kenal. Immortelle Reset Oil-in-Serum dia memang gempak habis. I sempat pakai yang trial size punya je pon memang jatuh hati, best ya amat! tapi belum mampu nak beli yang size besar.
Okay jom I share apa perlu korang buat & sediakan sebelum nak bawak pergi recycle botol/bekas skincare korang ke stores L’occitane.
1. Kumpulkan dulu at least lebih dari 30 botol/bekas. Sebab nanti akan ada yang kena reject. Lagi banyak, lagi bagus.Nanti I share dekat bawah gambar size botol/bekas yang diorang terima.
2. Bersihkan & Cuci bersih kesemua bekas/botol skincare. Pastikan! Jangan tinggalkanwalaupon sedikit sisa-sisa dekat dalam tu.
3. Keringkan! dah cuci bersih, pergi jemur kesemuanya. Ataupon kalau terlebih rajin, korang lap je pakai tuala kering yang bersih. Pastikan tak ada setitik air pon dekat dalam tu.
4. Untuk jenis design tube, make sure korang potong kepada 2 bahagian ye. Potong dekat tengah tube tu. Pastikan jangan terpotong Manufacturing Date product tu.
5. Dah settle No.1 – No.4, okay korang dah boleh pergi ke L’occitane untuk recycle kesemuanya.Tapi kena ingat ye, tak semua stores L’occitane ada program recycle ni. Boleh refer gambar dibawah.
Dekat point No.1 tadi I ada tulis kan yang L’occitane cuma terima certain size sahaja untuk redeem dengan freegift diorang. But I bawak jugak yang mana mini sizes yang I ada & bagi pada diorang for recycle purpose, sebab I tak nak simpan kat rumah & diorang still akan terima for recycle purpose, but tak boleh redeem dengan freegift. Lagi banyak korang bawak, lagi banyak korang boleh redeem freegift.
Korang boleh refer gambar dekat bawah.
Untuk info tambahan, masa I pergi recycle hari tu staff L’occitane ade bagi tahu yang tarikh last untuk recycle & redeem freegift yang dalam list tu sampai 31st March 2020 je. Maksudnya lepas ni syarat-syarat untuk recycle akan berubah & freegift pon dah tak sama. Cuma I tak sure apa syarat & freegift baru. Nanti you all boleh check dengan L’occitane. Tapi ‘Recycle Programme’ ni masih ada sebab ni adalah program jangka masa panjang from L’occitane.
Dekat bawah I share gambar-gambar process sebelum I pergi recycle haritu. Boleh refer gambar-gambar dibawah.
okay tengok yang tube tu macam mana I potong. Kena buat macam tu ye Punya la banyak I bawak, ni je diorang terima. So korang bawak je banyak-banyak sebab nanti ada yang kena rejectYang atas ni kena reject. Tapi I bagi jugak untuk diorang recycle. Simpan pon tak boleh buat apa. hahahaNi semua yang I bawak haritu. Penuh 1 bakulNi Freegift yang I boleh redeem. Boleh la dari tak ada kan. Both pon Hot Selling from L’occitane. Lama dah I nak try Almond Shower Oil tu. Ni yang I jumpa someone share hari tu. Credit to owner. I tak kenal dia siapa. Maaf. hehe
A subtle, illuminating moisture booster for radiant skin. Formulated with Turmeric, Almond Milk, and Camu Camu, this formula will brighten the complexion for an overall healthy glow.
Good for moisturizing, illuminating & brightening.
Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract : Good for Brightening, Acne Fightening & known for its antioxidant properties.
Sodium Hyaluronate : Promote Wound Healing.
Titanium Dioxide (CI 77891) : as a UV Protection.
Camu Camu : Known to be a Natural & rich source of Vitamin C.
Turmeric : Known to provide Antioxidant & Calming Benefits.
Almond Milk : Known to provide Moisturizing & and skin replenishing benefits.
SKIN TYPES
Suitable for all skin types. For Dry Skin type, Sodium Hyaluronate & Glycerin both powerfully moisturizing ingredients. For Sensitive skin, Titanium Dioxide is a safe UV protection for you.
But please remember, results may vary depending upon the individual.
HOW TO USE
Apply 2-3 drops into palms, warm between hands, & gently press into skin. Use as needed.
PACKAGING
Comes in a clear glass bottle with two sizes, 30ml & 14.80ml if you buy a sets. You can see the face milk directly from bottle. I love the simple & clean design of the face milk bottles, they’re user friendly and look pretty on my shelf. The dropper tube is curved at the bottom so you can get all the product out when it runs low.
SCENT & TEXTURE
A yellow milky texture, creamy & lightweight moisture booster. It absorbs quickly and doesn’t leave any greasy on my skin. My skin type is a Combination to oily skin.
MY FINAL THOUGHTS
This is my first face milk I’ve ever tried in my skincare journey. Thanks a lot to Fourth Ray for this really AMAZING face milk! Totally not disappoint even though my skin type is a combination to oily skin. I have enjoyed the formula of these turmeric face milk. I’ve used as a moisturizer for quick routines because it’s quickly absorb, no oiliness or heavy feeling at all & the best part is there was no irritating, redness or itching at all.
I’ve been using this face milk almost 2 months and this turmeric type really work well on my skin. Usually I will replace my moisturizer with this face milk for both morning & night routine. I didn’t notice any brightening effect since I’m using a few brightening serum from other brands but for skin moisture, yes! I really want to try others face milk especially their Papaya, Watermelon & Strawberry Face Milk, very tempting and the price also reasonable.
For those with combination to oily skin type and want to try face milk, I highly recommended this face milk from Fourth Ray. I’ll keep using and repurchase this face milk. Rating? of course 5/5!
cosdna.com
[DISCLAIMER] I was not paid to review this product. All thoughts are my own personal experience and honest review. Results from the use of product above may vary depending upon the individual and will depend on multiple factors, including your age, gender, skin type and condition, use of other products used, healthy history, lifestyle and diet.
Selalu kalau kita nak masak mee yang bergoreng, kita akan guna mihun, mee kuning atau koew teow. Untuk perkongsian resepi kali ni, Anis guna pasta jenis ‘spirals’ sebab anak suka sangat makan pasta. Nak bagi sikit kelainan, Anis goreng pasta tu dengan sedikit seafood. Jom kita tengok resepi dibawah:-
BAHAN-BAHAN
1 bungkus pasta jenis ‘spirals’ brand San Remo. (boleh gunakan jenis spaghetti juga)
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos seafood / tiram
2 sudu besar kicap manis
1/2 biji kiub pati ayam brand ‘Knorr’
Garam secukup rasa
1 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit sayur : Brocolli & Carrot (ikut berapa banyak kita nak letak)
1 ekor sotong size besar. (kalau size kecik boleh letak 2-3 ekor ye)
12-15 ekor sotong (pastikan buang kulit dibahagian ekor & bersihkan)
1/2 biji tomata & potong 4 bahagian
CARA-CARA
1. Rebus pasta & toskan air.
2. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau & kekuningan.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga kering / pecah minyak.
4. Masukkan kesemua sos cili, sos seafood/tiram, kicap manis & kiub pati ayam. Gaul sebatikan.
5. Masukkan sotong terlebih dahulu. Masak sekejap 5 minit. Kemudian masukkan udang. Gaul sebati sehingga kedua-dua sotong & udang masak. Masukkan garam.
6. Tuang kesemua pasta yang dah direbus tadi. Kacau sehingga kuah tadi sebati dengan pasta.
7. Masukkan sayur brocolli & carrot yang dah dipotong. kacau sehingga sayur sedikit masak. Masukkan tomato, kacau selama 5 minit. SIAP!
Musim Covid-19 waktu cuti sekolah ni, boleh la ajak anak-anak buat aktiviti masak popia carbonara sama-sama kan. Nak keluar pon risau, jadi kena la buat apa-apa aktiviti yang menarik dan berfaedah untuk mereka sempena cuti sekolah seminggu ni supaya tak bosan duduk rumah kena kuarantin. Jom kita tengok resepi dan cara nak buat popia carbonara.
BAHAN-BAHAN
1 isi ayam. Saya guna dada ayam size sederhana (tak besar & tak kecik)
4 batang sosej cheese. Sosej biasa pon boleh tak ada masalah – potong dadu
1 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan sedikit air.
Garam & Gula secukupnya
1 pek Kulit Popia (50 keping)
CARA-CARA
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang besar yang dipotong dadu tadi sehingga naik wangi.
2. Masukkan isi ayam, sosej, lobak merah, dan serbuk lada hitam. Gaul sehingga isi ayam tadi masak.
3. Tambahkan air, susu & chesse. Kacau sehingga sebati dan tambah bancuhan tepung gandum tadi. Simpan sedikit chesse untuk digulung dengan kulit popia.
4. Akhir sekali, masukkan gula & garam secukupnya. Saya tambah sedikit kiub pati ayam & kurangkan sedikit garam. Gaul sebati. Tutup api dan biarkan sehingga inti sejuk.
5. Untuk menggulung popia, guna 2 keping kulit popia supaya sedikit tebal & tidak pecah ketika nak menggoreng nanti.
6. Sudukan sedikit inti atau secukupnya dan letak sedikit cheese shredded lebihan tadi. Gulung sama seperti popia biasa.
***Untuk resepi ini, saya dapat ngam-ngam 25 biji. Boleh dibekukan & goreng bila-bila masak. Selamat Mencuba!
Micro and mighty. This groundbreaking essence-in-lotion activates and strengthens skin’s foundation to reveal its youthful, angelic glow.
MICRO TARGETED: penetrates deeply and rapidly within skin’s surface to renew and rebalance.
MICRO NOURISHING: delivers a precise concentration of exclusive Micro-Nutrient Bio-Ferment to nourish and energize.
MICRO ACTIVE: Activates multiple natural pro-youth abilities to replenish skin.
Tested and proven: In just 2 weeks, skin was more hydrated, smoother, supple. In just 4 weeks, 94% of women said their skin looked healthier, more beautiful.
It comes in a transparent plastic bottle and gold cap for size 15ml/.5 oz.
Watery texture and a little bit good scent but the scent is very mild and I barely notice a scent.
SKIN TYPE
This micro essence from Estee Lauder is good and suitable for all skin types. If you are dry skin people, both ‘Butylene Glycol‘ and ‘Sodium Hyaluronate‘ are powerfully moisturizing ingredients. But please alert that some people can’t tolerate with ‘Citric Acid‘, please avoid if you are sensitive with that ingredient.
MY THOUGH
This is my second facial essence after Secret Key FTE, and I love that both essence! Both helps to increase hydration level and my skin feels more calm. The best thing is, it didn’t cause any irritation or redness. The texture is very watery and absorbed really quickly. I applied 2 layers only at a time for enough hydration. After toner, pour 2 drops in hand, rub and gently press the essence into my skin. Do not use cotton pads to apply the product, you will waste so much of the essence. No oily sheen and it does not clog my pores so far. I really loved it and enjoy using this as an extra hydration for my skin especially when combined with their Night Repair Serum, trust me, the result is AWESOME guys! The packaging also very classy and very luxurious, you can see directly the essence from inside. Highly recommended if you has a problem with dehydrated skin. The price is quite expensive but worth every bit spent.
*Results from the use of beauty product above may vary depending upon the individual and will depend on multiple factors, including your age, gender, skin type and condition, use of other products used, health history, lifestyle, diet and others.
1kg Siput Sedut (dipotong hujung ekor. Supaya senang nak makan)
1 kotak kecil santan kotak brand KARA. (brand lain boleh je)
1 batang serai**
10 biji cili padi (boleh kurangkan jika tak suka pedas)**
1 inci halia**
1 keping asam keping (ganti kepada nenas)
Serbuk Kunyit Secukupnya (boleh juga guna kunyit hidup. Terpulang)
1 kiub pati ayam
Garam Secukupnya
NOTA : Boleh gunakan nenas untuk gantikan asam keping. Dan boleh gunakan daun kunyit jika mahu.
CARA-CARA
1. Bersihkan siput sedut dengan air & garam sehingga bersih. Potong ekornya sedikit.
2. Kisar bahan-bahan yang bertanda ** seperti serai, halia & cili padi.
3. Masuk bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi ke dalam periuk, masukkan serbuk kunyit & masak sehingga kering air. TANPA minyak ye.
4. Masukkan air secukupnya & asam keping. Biarkan sehingga air mendidih.
5. Masukkan siput sedut tadi ke dalam air yang mendidih. Masukkan kiub pati ayam. Masak lagi dalam 10 minit.
6. Kemudian, masukkan santan sedikit demi sedikit. Kalau tak cukup pekat, korang tambah la lagi santan. Sebab untuk Anis, 1 kotak kecil tu dah cukup pekat. Pastikan korang sentiasa kacau ye sebab takut nanti kuah tak cantik & santan jadi berketul.
7. Masakkan sehingga mendidih. Masukkan garam secukupnya. SIAP!
8. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas. Selamat Mencuba!
NOTA : Kalau korang ada daun kunyit kan, carik-carikkan daun kunyit tu & masukkan je selepas santan terus.